Berikut adalah antara tanggungjawab dan senarai tugas bilal di masjid/surau:
- Menjaga waktu solat fardhu;
- Azan serta Qamat bagi tiap-tiap solat fardhu sehari semalam dalam lingkungan masa dari jam 5.00 pagi hingga 9.00 malam;
- Membaca Tarhim dan Ayat Al-Quran sebelum Azan bagi solat Subuh dan Taslim dan Ayat Quran sebelum Azan bagi solat Jumaat;
- Membaca ayat Al-Quran yang tertentu ketika Imam atau Khatib menaiki Mimbar pada solat Jumaat;
- Membaca Salawat dan Doa Ringkas ketika Imam atau Khatib duduk antara dua khutbah dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya;
- Mengingatkan jemaah tentang niat solat Hari Raya dan Kaifiatnya sebelum solat itu dimulakan;
- Menggantikan Imam sebagai Imam Rawatib dan sebagai Imam Tarawikh dalam bulan Ramadhan semasa ketiadaan Imam;
- Berselawat solat Tarawikh;
- Bertadarus membaca Al-Quran di masjid;
- Mengajar Muqaddam dan Al-Quran kepada kanak-kanak;
- Mengajar perkara-perkara Fardhu’ Ain kepada orang dewasa di waktu-waktu yang ditetapkan;
- Mengajar dan berlatih membaca Marhaban dan Berzanji;
- Memandikan jenazah orang Islam apabila diminta berbuat demikian;
- Memimpin Tahlil Arwah dan Doa Selamat, Marhaban dan Berzanji apabila diminta berbuat demikian;
- Membacakan Yasin kepada orang sakit apabila diminta berbuat demikian;
- Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu; dan
- Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAIJ atau Nazir atau Imam masjid itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan