Zamanie sedang menyampaikan Khutbah Gerhana |
Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan Bulan bercahaya dan ditetapkanNya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan Bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Yunus :5)
Sebenarnya segala kejadian di alam ini baik di Bumi mahupun di langit adalah ciptaan yang Maha Pencipta. Di sebalik kejadian alam seperti kejadian pasang-surut, siang-malam, gerhana, komet dan lain-lain mengandungi satu hakikat kebenaran yang tidak dapat disembunyikan dan ditolak iaitu tentang kekuasaan yang Maha Pencipta bagi orang-orang yang berakal dan mahu berfikir.
Abd Majid |
Semua yang wujud di alam ini ada Pemilik dan Penciptanya iaitu Allah. Dia yang menjadikan segala sesuatu dari sekecil-kecil jasad yang bersaiz mungkin lebih kecil dari elektron hingga ke galaksi atau yang lebih besar dari itu tanpa bantuan sesiapa pun dan tidak merasa letih atau penat.
” Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan Bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan” Qaaf:30).
Di Masjid Mutiara Kasih, Pangsapuri Mutiara kasih solat sunat Gerhana Bulan dan Khutbah Gerhana Bulan telah dilaksanakan dengan dipimpin oleh tuan Imam Abd Majid Lasaidi dan khutbah Gerhana disampaikan oleh tuan imam muda Zamanie Zainal Abidin.
Terdahulu tuan haji Kamarudin haji Hamid, Penasihat AJK Masjid merangkap Imam Rawatib di Masjid berkenaan berkata, seluruh masjid-masjid dan surau-surau di kawasan Lahad Datu dan Tungku telah diarahkan oleh Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Sabah Lahad Datu untuk melaksanakan Solat Sunat Gerhana dan Khutbah Gerhana pada pada 31 Januari 2018. Katanya lagi, solat sunat Gerhana ini amat dituntut untuk dilaksanakan sebagai hadis Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al Asy ‘ary bahawa Rasulullah S.A.w bersabda:
Zamanie “Bahawasanya tanda-tanda ini (gerhana) Yang Allah kirimkan, dijadikan sesuatu darinya bukanlah kerana mati seseorang atau kerana lahirnya. Tetapi Allah Aza wa Jalla mengirimkan buat mempertakutkan hamba-hambaNya dengan tanda-tanda itu. Maka apabila kamu melihat sesuatu darinya bersegeralah menyebut Allah, berdoa dan beristigfar.” ( Bukhari dan Muslim)
Ketika gerhana bulan, Bumi berada betul-betul di antara Matahari dan Bulan. Oleh kerana Bumi terletak di tengah antara Matahari dan Bulan menyebabkan cahaya dari Matahari akan dilindung oleh Bumi. Ini menyebabkan bayang terbentuk di sebelah belakang Bumi. Apabila Bulan beredar di dalam orbitnya dan memasukki kawasan bayang tersebut maka Bulan mengalami gerhana. Bulan tidak kelihatan bercahaya. Sebaliknya Bulan kelihatan gelap sedikit demi sedikit sehingga penuh apabila seluruh Bulan memasuki kawasan bayang.
Pergerakan Bulan, Bumi dan Matahari mempengaruhi terjadinya gerhana. Di antara kekuasaan Allah, Dialah yang menggerakkan dan menetapkan laluan Matahari, Bulan dan Bumi sejak dari mula ia diciptakan hingga ke hari ini sehinggalah kiamat.
Mango Habanero & Salsa - Mapyro
BalasPadamMango 제주도 출장마사지 Habanero & Salsa - 거제 출장샵 12 Fl. Oz. from Mapyro. 전라남도 출장안마 Browse 12 목포 출장안마 Hotels 동두천 출장샵 TRULY CLOSEST to Mango Habanero & Salsa.