Translate

Ahad, 28 Januari 2018

IMAM ABD MAJID LASAIDI MENERIMA TAWARAN HAJI 1439H

Abd Masjid Lasaidi
PMK : Imam Abd Majid Lasaidi Imam Rawatib Masjid Mutiara Kasih telah menerima tawaran mengerjakan fardu Haji tajaan 1MDB 1439 H. Tawaran yang disampaikan oleh YB Dato' Muhammad Yusuf Apdal Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N50 Lahad Datu merangkap Ketua Umno Bahagian Silam. 

Yusof berkata, koata untuk mengerjakan haji tajaan 1MDB ini diberikan setiap tahun kepada setiap Ketua Bahagian Umno di seluruh negara dengan memilih pemimpin masyarakat dan imam-imam yang berkelayakan untuk mengerjakan haji. Alhamdulillah dengan koata ini juga, kita dapat mengurangkan jumlah jemaah haji di daerah Lahad datu dan ini sudah tentu akan mempercepatkan lagi masa menunggu seseorang jemaah haji untuk mengerjakan haji.
Yusuf menyampaikan surat tawaran
Terdahulu Imam Abd Majid berkata, bagaikan khabar yang tidak dapat ditafsirkan apabila menerima tawaran haji tajaan 1MDB ini. Saya sememangnya telah memasang niat dan sentiasa berdoa agar dipanggil dan menerima seruan untuk mengerjakan haji. Akhirnya doa saya tertunai dan saya amat berterima kasih kepada pengerusi Masjid Tuan Haji Ismail Tidal kerana mencadangkan nama saya sebagai salah seorang jemaah haji pada tahun ini. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada YB Dato' Muhamaad Yusuf Apfal dan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abd Razak kerana menawarkan kepada saya untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas budi baik pemimpin negara, daerah dan masjid.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PETUGAS JUMAAT 06 JULAI 2018

Imam dan Khatib : Jilhan bin Jillan Bilal : Shariz bin Amin Selamat bertugas