Translate
Rabu, 31 Januari 2018
BUKTI BESARNYA KEKUASAAN ALLAH SWT
Zamanie sedang menyampaikan Khutbah Gerhana |
Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan Bulan bercahaya dan ditetapkanNya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan Bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Yunus :5)
Sebenarnya segala kejadian di alam ini baik di Bumi mahupun di langit adalah ciptaan yang Maha Pencipta. Di sebalik kejadian alam seperti kejadian pasang-surut, siang-malam, gerhana, komet dan lain-lain mengandungi satu hakikat kebenaran yang tidak dapat disembunyikan dan ditolak iaitu tentang kekuasaan yang Maha Pencipta bagi orang-orang yang berakal dan mahu berfikir.
Abd Majid |
Semua yang wujud di alam ini ada Pemilik dan Penciptanya iaitu Allah. Dia yang menjadikan segala sesuatu dari sekecil-kecil jasad yang bersaiz mungkin lebih kecil dari elektron hingga ke galaksi atau yang lebih besar dari itu tanpa bantuan sesiapa pun dan tidak merasa letih atau penat.
” Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan Bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan” Qaaf:30).
Di Masjid Mutiara Kasih, Pangsapuri Mutiara kasih solat sunat Gerhana Bulan dan Khutbah Gerhana Bulan telah dilaksanakan dengan dipimpin oleh tuan Imam Abd Majid Lasaidi dan khutbah Gerhana disampaikan oleh tuan imam muda Zamanie Zainal Abidin.
Terdahulu tuan haji Kamarudin haji Hamid, Penasihat AJK Masjid merangkap Imam Rawatib di Masjid berkenaan berkata, seluruh masjid-masjid dan surau-surau di kawasan Lahad Datu dan Tungku telah diarahkan oleh Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Sabah Lahad Datu untuk melaksanakan Solat Sunat Gerhana dan Khutbah Gerhana pada pada 31 Januari 2018. Katanya lagi, solat sunat Gerhana ini amat dituntut untuk dilaksanakan sebagai hadis Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al Asy ‘ary bahawa Rasulullah S.A.w bersabda:
Zamanie “Bahawasanya tanda-tanda ini (gerhana) Yang Allah kirimkan, dijadikan sesuatu darinya bukanlah kerana mati seseorang atau kerana lahirnya. Tetapi Allah Aza wa Jalla mengirimkan buat mempertakutkan hamba-hambaNya dengan tanda-tanda itu. Maka apabila kamu melihat sesuatu darinya bersegeralah menyebut Allah, berdoa dan beristigfar.” ( Bukhari dan Muslim)
Ketika gerhana bulan, Bumi berada betul-betul di antara Matahari dan Bulan. Oleh kerana Bumi terletak di tengah antara Matahari dan Bulan menyebabkan cahaya dari Matahari akan dilindung oleh Bumi. Ini menyebabkan bayang terbentuk di sebelah belakang Bumi. Apabila Bulan beredar di dalam orbitnya dan memasukki kawasan bayang tersebut maka Bulan mengalami gerhana. Bulan tidak kelihatan bercahaya. Sebaliknya Bulan kelihatan gelap sedikit demi sedikit sehingga penuh apabila seluruh Bulan memasuki kawasan bayang.
Pergerakan Bulan, Bumi dan Matahari mempengaruhi terjadinya gerhana. Di antara kekuasaan Allah, Dialah yang menggerakkan dan menetapkan laluan Matahari, Bulan dan Bumi sejak dari mula ia diciptakan hingga ke hari ini sehinggalah kiamat.
Ahad, 28 Januari 2018
IMAM ABD MAJID LASAIDI MENERIMA TAWARAN HAJI 1439H
Abd Masjid Lasaidi |
PMK : Imam Abd Majid Lasaidi Imam Rawatib Masjid Mutiara Kasih telah menerima tawaran mengerjakan fardu Haji tajaan 1MDB 1439 H. Tawaran yang disampaikan oleh YB Dato' Muhammad Yusuf Apdal Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N50 Lahad Datu merangkap Ketua Umno Bahagian Silam.
Yusof berkata, koata untuk mengerjakan haji tajaan 1MDB ini diberikan setiap tahun kepada setiap Ketua Bahagian Umno di seluruh negara dengan memilih pemimpin masyarakat dan imam-imam yang berkelayakan untuk mengerjakan haji. Alhamdulillah dengan koata ini juga, kita dapat mengurangkan jumlah jemaah haji di daerah Lahad datu dan ini sudah tentu akan mempercepatkan lagi masa menunggu seseorang jemaah haji untuk mengerjakan haji.
Yusuf menyampaikan surat tawaran |
Sabtu, 27 Januari 2018
GOTONG ROYONG MENYIAPKAN SINGKI MASJID
PMK :
Saloma @ Saima |
Ketua Syukbah Hal-Ehwal Wanita Puan Saloma @ Saima Amat berkata, apabila program dan aktiviti diadakan di Masjid Mutiara Kasih maka secara kebiasaanya syukbah hal-ehwal wanita akan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan juadah makanan dan minuman. Sudah tentu apabila majlis tersebut selesai kami juga terlibat sama dalam membersihkan peralatan seperti pinggan mangkuk dalam lain-lain. Jesteru itu, pembinaan singki tersebut adalah bertepatan dengan keperluan kaum wanita membersihkan peralatan masjid.
Beliau berharap agar wanita-wanita di kawasan Pangsapuri Mutiara Kasih dalam melibatkan diri dalam menghadiri program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid. Kehadiran orang ramai amat dialu-alukan demi memperkembangkan lagi syair islam khususnya mengeratkan silaturrahim antara masyarakat dan pemimpin.
TABUNG MASJID JUMAAT
MAKLUMAN
TABUNG JUMAAT
TARIKH : 26.01.2018
JUMLAH : RM 285.00
DIKIRA OLEH : JILHAN & ANNI NERY
BENDAHARI MASJID MUTIARA KASIH
TABUNG JUMAAT
TARIKH : 26.01.2018
JUMLAH : RM 285.00
DIKIRA OLEH : JILHAN & ANNI NERY
BENDAHARI MASJID MUTIARA KASIH
Khamis, 25 Januari 2018
GOTONG ROYONG MINGGUAN MASJID MUTIARA KASIH
Muslimin |
Ketua Biro Syukbah Keceriaan dan Kebersihan Masjid Mutiara Kasih En. Muslimin Anday berkata, penglibatan Ahli Jawatankuasa Masjid dalam program-program gotong-royong adalah amat menggalakkan. Sebagai Ketua biro Syukbah Kecerian dan Kebersihan masjid akan sentiasa berganding bahu bersama-sama syukbah-syukbah yang lain bagi menyelaraskan semua aktiviti-aktiviti atau program-program yang dijalankan di Masjid Mutiara Kasih.
AJK Masjid sentiasa bekerjasama melaksanakan gotong royong |
Beliau juga berharap kepada semua penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih agar dapat melibatkan diri dalam program yang dijalankan di Masjid ini. Tanpa kehadiran dan sokongan mereka sudah tentu program-program tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Apatah lagi program yang melibatkan kehadiran ramai penduduk seperti bergotong-royong membersihkan masjid secara amnya.
Turut hadir pada gotong royong tersebut ialah pengerusi Masjid Mutiara Kasih tuan Haji Ismail Tidal dan Penasihat Masjid tuan Haji Kamarudin Hj Hamid.
Rabu, 24 Januari 2018
PERJUMPAAN MINGGUAN AJK MASJID
Perjumpaan AJK Masjid |
Pangsapuri Mutiara Kasih : Perjumpaan mingguan Ahli Jawatankuasa Masjid Mutiara Kasih adalah suatu kelaziman bagi membincangkan mengenai perkara-perkara yang perlu tindakan segera untuk diselesaikan.
Pengerusi Masjid Tuan Haji Ismail Tidal berkata, perjumpaan ini biasanya dibuat pada waktu malam selepas selesai solat fardu Isyak. Di samping itu, dengan adanya perjumpaan ini akan lebih mengeratkan silaturrahim antara semua Ahli Jawatankuasa Masjid.
Hj Kamarudin |
Terdahulu, Penasihat Masjid Mutiara Kasih Hj. Kamarudin Hj Hamid berkata, setiap ceramah dan khutbah yang disampaikan oleh penceramah luar hendaklah memohon kebenaran atau tauliah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Lahad Datu). Ini adalah kerana arahan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) yang mewajibkan sesiapa saja yang ingin menganjurkan ceramah, berceramah atau ingin menjadi Khatib pada hari jumaat hendaklah memohon kebenaran dan tauliah terlebih dahulu.
Jika tidak ada kebenaran dan tauliah dari pihak yang terlibat, pihak Ahli Jawatankuasa Masjid tidak akan membenarkan sebarang program ceramah dan menjadi khatib di Masjid Mutiara Kasih.
Selasa, 23 Januari 2018
TANGGUNGJAWAB DAN SENARAI TUGAS IMAM MASJID
Berikut adalah antara tanggungjawab dan senarai tugas Imam sesuatu masjid:
- Menjadi pegawai syarie dalam kariah masjid itu dan mengimamkan solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain di masjid itu,
- Mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang mati di kariah masjid itu sehingga sempurna dikebumikan;
- Membaca khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya,
- Memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam kepada anak kariah masjid itu sedaya upayanya,
- Mengetuai, mengawasi dan mengatur pengajaran agama Islam di kalangan anak-anak kariah masjid itu,
- Membimbing bilal, siak dan anak kariah masjid itu dalam menjalanan tugas-tugas Imam,
- Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa masjid jika diperlukan hadir,
- Menyediakan jadual bertugas Khatib, Imam, bilal bagi solat fardu, jumaat dan Aidil Fitri/Adha dan
- Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Isnin, 22 Januari 2018
PEMILIHAN PEMAIN BOLA TAMPAR MASJID MUTIARA KASIH
Nadzeer |
Masjid Mutiara Kasih : Pengerusi Syukbah Sukan dan Rekreasi Masjid Mutiara Kasih En Abd Nadzeer Hj Uding berkata pemilihan ini adalah untuk persediaan pasukan Bola Tampar Lelaki masjid Mutiara Kasih bagi mengikuti pertandingan Liga Bola Tampar anjuran Masjid Ar Raudah Lahad Datu yang akan diadakan tidak lama lagi.
Penyertaan Ahli Jawatankuasa masjid dialu-alukan bagi mencungkil bakat pemain Bola Tampar yang akan mewakili Masjid Mutiara Kasih pada kejohanan tersebut. Terdahulu Pengerusi Masjid tuan haji Ismail Tidal berkata, berharap agar pasukan Bola Tampar Lelaki Masjid Mutiara kasih dapat memberikan komimen yang tinggi bagi persiapan kejohanan tersebut.
Hj. Ismail |
Katanya, ramai Ahli Jawatankuasa Masjid yang berkebolehan bermain Bola Tampar dan inilah masanya kita bersama-sama berganding bahu untuk menaikkan imej masjid Mutiara kasih dalam bidang sukan pula.
Beliau juga turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Imam Zamanie Zainal Abidin kerana mendapat tempat kedua pertandingan Tilawah Al Quran peringkat Daerah Kecil Tungku baru-baru ini. In syaa Allah bagi pihak pengurusan Masjid akan cuba memberikan kerjasama sepenuhnya kepada sesiapa saja yang ingin mengikuti pertandingan hari kebesaran Islam seperti pertandingan spanduk,Tilawah Al Quran dan kompang di peringkat daerah.
Ahad, 21 Januari 2018
TANGGUNGJAWAB DAN SENARAI TUGAS BILAL MASJID/SURAU
Berikut adalah antara tanggungjawab dan senarai tugas bilal di masjid/surau:
- Menjaga waktu solat fardhu;
- Azan serta Qamat bagi tiap-tiap solat fardhu sehari semalam dalam lingkungan masa dari jam 5.00 pagi hingga 9.00 malam;
- Membaca Tarhim dan Ayat Al-Quran sebelum Azan bagi solat Subuh dan Taslim dan Ayat Quran sebelum Azan bagi solat Jumaat;
- Membaca ayat Al-Quran yang tertentu ketika Imam atau Khatib menaiki Mimbar pada solat Jumaat;
- Membaca Salawat dan Doa Ringkas ketika Imam atau Khatib duduk antara dua khutbah dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya;
- Mengingatkan jemaah tentang niat solat Hari Raya dan Kaifiatnya sebelum solat itu dimulakan;
- Menggantikan Imam sebagai Imam Rawatib dan sebagai Imam Tarawikh dalam bulan Ramadhan semasa ketiadaan Imam;
- Berselawat solat Tarawikh;
- Bertadarus membaca Al-Quran di masjid;
- Mengajar Muqaddam dan Al-Quran kepada kanak-kanak;
- Mengajar perkara-perkara Fardhu’ Ain kepada orang dewasa di waktu-waktu yang ditetapkan;
- Mengajar dan berlatih membaca Marhaban dan Berzanji;
- Memandikan jenazah orang Islam apabila diminta berbuat demikian;
- Memimpin Tahlil Arwah dan Doa Selamat, Marhaban dan Berzanji apabila diminta berbuat demikian;
- Membacakan Yasin kepada orang sakit apabila diminta berbuat demikian;
- Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu; dan
- Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAIJ atau Nazir atau Imam masjid itu.
TANGGUNGJAWAB DAN SENARAI TUGAS PENGERUSI MASJID DAN TIMBALANNYA
- Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab berhubung dengan keadaan ketenteraman dan kesempurnaan mesyuarat.
- Mempunyai kuasa untuk menandatangani sebarang surat bagi jawatankuasa.
- Mempunyai kuasa meluaskan sebarang perbelanjaan kerana perkara mustahak dan serta merta dengan kadar yang ditetapkan oleh mesyuarat jawatankuasanya dan kemudian disahkan oleh mesyuarat jawatankuasa.
- Membuat apa-apa laporan atau syor mengenai tugas atau kelakuan Jawatankuasa atau Pegawai Masjid atau Surau jika wajar berbuat demikian.
Berikut adalah antara senarai tugas Timbalan Pengerusi Masjid:
- Timbalan Pengerusi jawatankuasa hendaklah menjalankan tugas Pengerusi semasa Pengerusi tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat.
FUNGSI & TUGAS-TUGAS SETIAUSAHA DAN TIMBALANNYA
Berikut adalah antara tanggungjawab dan senarai tugas Setiausaha Masjid:
- Memanggil mesyuarat biasa dan jawatankuasa dengan persetujuan Pengerusi dan menjalankan segala keputusannya.
- Bertanggungjawab berkenaan dengan urusan surat-menyurat, menyimpan buku-buku, fail-fail dan surat-surat keterangan yang berkaitan dengan jawatankuasa.
- Hadir dalam semua mesyuarat dan mengambil minit, peringatan, butir-butir dan keputusan mesyuarat.
- Menyediakan minit mesyuarat dan laporan tahunan.
- Menyimpan daftar-daftar nama dan rumah-rumah kediaman orang-orang Islam dalam kampung atau kariahnya.
- Menyimpan daftar kematian orang-orang Islam dalam kampung atau kariahnya.
- Menyimpan daftar harta benda masjid atau surau dan daftar tanah wakaf di dalam kampung atau kariahnya.
- Mempromosikan sesuatu program dan aktiviti yang memerlukan kehadiran ramai jemaah ahli kariah melalui: makluman sebelum mendirikan solat jumaat, menampalkan iklan di papan iklan, memasang kain rentang di hadapan masjid, menyebarkan risalah, dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
Berikut adalah antara tanggungjawab dan senarai tugas Penolong Setiausaha Masjid:
- Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan semua urusan pentadbiran jawatankuasa dan akan menggantikannya pada masa Setiausaha tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat.
FUNGSI SYUKBAH BENDAHARI DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
Berikut adalah antara tanggungjawab dan senarai tugas Bendahari Masjid:
- Menyimpan buku kira-kira kewangan jawatankuasa dengan betul.
- Menerima segala bayaran untuk jawatankuasa atau derma untuk kebajikan masjid atau surau dengan mengeluarkan resit rasmi jawatankuasa.
- Membuat pembayaran yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa dengan disertakan baucar-baucar yang sah.
- Dibenarkan menyimpan dalam tangan wang tunai sebanyak yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa.
- Menyimpan semua wang kepunyaai masjid atau surau di dalam bank Islam atau mana-mana bank secara perbankkan Islam dengan persetujuan Pegawai Tadbir Agama daerah/Kadi Daerah.
Berikut adalah antara tanggungjawab dan senarai tugas Pemeriksa Kira-kira:
- Dua (2) orang dari kalangan ahli kariah selain Ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik sebagai pemeriksa kira-kira untuk memeriksa kewangan masjid atau surau bagi tempoh tiga (3) tahun.
- Pemeriksa Kira-kira hendaklah memeriksa buku kira-kira bagi tiap-tiap empat (4) bulan sekali dan memberi laporan lengkap atas pemeriksaan itu kepada jawatankuasa.
FUNGSI SYUKBAH PENERANGAN & MAKLUMAT
- Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan cetakan seperti buletin, risalah, surat siaran, petikan khutbah dan lain-lain.
- Menerbit dan menjual kad hari raya, kad jemputan dan lain-lain.
- Memasang layar LCD di tiap-tiap kawasan yang diperlukan semasa membaca khutbah, ceramah, taklimat, kursus dan lain-lain untuk tontonan jemaah atau peserta yang hadir.
- Merangka strategi penerangan mengenai program dan aktiviti masjid dan surau sepanjang tahun.
- Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh biro-biro jawatankuasa mengikut jadual dan tarikh yang telah ditetapkan.
- Merangka strategi penerbitan bahan-bahan bacaan mengenai program dan aktiviti masjid dan surau dari segi bahan-bahan dan kos penerbitan.
- Menjadualkan penerbitan majalah, risalah, tamplet, kalendar, kad ucap selamat dan sebagainya.
- Lain-lain tugas yang difikirkan sesuai dengan fungsi dan peranan kedua-dua aktiviti tersebut.
FUNGSI SYUKBAH KESELAMATAN DAN SUKARELAWAN
- Menubuhkan dan menggalakkan penyertaan ahli kariah melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan seperti Rela, Briged Ansor, JKKK, Rukun Tetangga dan lain-lain.
- Pasukan keselamatan yang berkaitan hendaklah bersama memastikan barang hak milik masjid dan surau dikawal selia bagi mengelakkan kecurian dan disalah guna oleh ahli kariah.
- Mengadakan kursus-kursus dan latihan yang bersesuaian seperti kursus haji dan umrah, sembelihan, pengurusan jenazah, perkahwinan, kebakaran, kesihatan dan lain-lain kepada ahli kariah dalam melahirkan insan yang berkualiti baik dari segi rohani dan jasmani.
- Menyediakan pelan-pelan keselamatan seperti jadual bertugas, nombor talian kecemasan, tapak tempat berkumpul ketika kecemasan kepada ahli kariah untuk langkah-langkah keselamatan.
- Menyediakan dan menyelenggara peralatan keselamatan seperti pemadam api, lampu kecemasan, peti kecemasan dan peralatan kecemasan yang perlu diletakkan ditempat yang mudah digunakan ketika berlaku kecemasan.
- Sentiasa bersedia dalam apa juga program dan aktiviti masjid dan surau serta ahli kariah yang memerlukan khidmat keselamatan dan kesukarelawan sepanjang program/aktiviti yang dijalankan bagi memudahkan pihak tertentu dan ahli kariah menjalankan tugas masing-masing.
FUNGSI SYUKBAH HAL EHWAL WANITA (HELWA)
- Mengadakan kursus pertolongan cemas.
- Mengadakan kursus pengurusan jenazah, kelas memasak, kelas jahitan, kelas kemahiran kraftangan dan pusat jagaan dan penyusuan anak.
- Mengadakan usrah muslimah, kumpulan nasyid dan kesenian Islam, khidmat nasihat HELWA, kelas pengurusan rumahtangga dan lain-lain.
- Melantik atau melaksanakan pengurusan jenazah wanita di kawasan kariah.
- Mengadakan kelas bimbingan fardhu ain, kelas al-Quran wanita, kelas berzanji dan marhaban, kumpulan Yasin dan tahlil, program ibu mithali, ibu tungal dan ziarah.
FUNGSI SYUKBAH KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
- Mengadakan program-program kebersihan dan keceriaan masjid dan surau seperti gotong-royong yang melibatkan ahli-ahli kariah dan NGO.
- Menentukan kawasan luar dan dalam masjid dan surau sentiasa dalam keadaan bersih, suci dan ceria.
- Menyediakan peralatan kebersihan yang mencukupi.
- Menyediakan jadual giliran pembersihan di kalangan ahli kariah.
- Membersihkan semua tempat tumpuan pengunjung masjid dan surau dalam keadaan bersih seperti ruang solat, bilik kuliah, tempat wuduk dan bilik air.
- Memastikan kawasan masjid dan surau sebagai kawasan larangan merokok.
- Memastikan al-Quran, Surah Yasin, sejadah, telekung, kain dan kain pembidai dalam keadaan bersih dan kemas.
- Menyediakan kemudahan-kemudahan di luar masjid dan surau seperti rak kasut, simpanan beg, dan tempat letak kenderaan bermotor yang teratur.
- Menanam dan menjaga pokok-pokok yang sesuai di dalam kawasan masjid dan surau.
Sabtu, 20 Januari 2018
FUNGSI SYUKBAH PENGURUSAN ASET DAN PRASARANA MASJID
- Meletakkan papan tanda nama masjid atau surau dan tanda tunjuk arah seperti dewan solat utama, dewan solat wanita, tempat wuduk lelaki dan wanita, bilik imam, bilik bilal, bilik siaraya, bilik mesyuarat, stor, bilik jenazah, dewan kuliah, dewan makan, bilik pentadbiran, tempat letak kenderaan, tong sampah, ruang bacaan, tadika, koperasi, taska, klinik, dan larangan-larangan yang berkaitan.
- Menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya dan warga emas seperti laluan khas, tempat letak kenderaan khas, tempat mengambil wuduk khas, dan ruang solat khas.
- Mewujudkan dan menyelenggara bangunan seperti masjid atau surau, tadika, taska, taski, klinik, stor dan koperasi.
- Mewujudkan dan menyelenggara kemudahan yang disediakan seperti tempat sembelihan korban, tempat memasak, dewan makan, dewan kuliah, ruang bacaan, tandas, tempat wuduk, tempat letak kenderaan, dewan solat, tong sampah, bilik pentadbiran, bilik mesyuarat, kelengkapan memasak dan bilik jenazah.
- Memastikan segala barangan hak milik masjid atai surau dikodkan dan direkodkan di dalam dokumen bagi memudahkan pihak tertentu mengawal selia barang-barang bertujuan menjaga dan menukar ganti barang yang rosak atau pelupusan.
- Memaparkan carta struktur organisasi ahli jawatankuas masjid/surau beserta gambar terkini dan jadual program/aktiviti terkini secara harian, mingguan dan bulanan.
- Memasang CCTV dalam usaha pemantauan dan kawalan keselamatan kawasan masjid/surau.
- Menyediakan dan menyelenggara keperluan asas masjid atau surau seperti peti derma, almari, jam dinding, mimbar, tongkat imam, sejadah, petunjuk waktu solat, alat pembesar suara dan lain-lain.
- Bertanggungjawab memastikan barangan keselamatan, kemudahan asas atau tambahan hak milik masjid atau surau disimpan dan dikunci serta mudah dihubungi pada masa yang diperlukan.
- Bertanggungjawab memastikan segala kemudahan OKU tidak disalah guna oleh pihak tertentu.
DEFINASI ICT
Definisi : Information and Communications Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
ZAMANIE ZAINAL ABIDIN NAIB JOHAN TILAWAH PERINGKAT DAERAH TUNGKU
Tungku - Imam Zamanie bin Zainal Abidin Imam rawatib Masjid Mutiara Kasih telah memecah tradisi masyarakat Pangsapuri Mutiara Kasih apabila mendapat naib johan majlis Tilawah Al Quran peringkat Daerah Kecil Tungku yang diadakan di Sekolah Agama Rakyat Kg.Dengan Tungku baru-baru ini.
Zamanie menerima hadiah daripada Hj Momen |
Majlis yang dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N49 Tungku Tuan Haji Momen Haji Angsai dan telah dilaksanakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Fathoni Fazri Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Kg, Dengan.
Ustaz Ahmad Fathoni Fazri berkata, kualiti bacaan Qari dan Qariah pada tahun ini meningkat sedikit tetapi perlu ada kerja keras daripada peserta bagi memantapkan lagi mutu bacaan, terutamanya lagu wajib yang mesti dilagukan.
Haji Momen Hj Angsai |
Terdahulu Tuan Haji Momen Hj Angsai berkata semasa merasmikan majlis tersebut, berharap agar Qari dan Qariah yang mewakili daerah kecil Tungku pada tahun ini dapat meningkatkan lagi mutu bacaan dengan mengikuti kelas-kelas tahsin Al-Quran anjuran JAKIM dan JHEAINS Lahad Datu. Beliau juga berharap kepada peserta Qari dan Qariah yang mengikuti pertandingan Tilawah Al Quran bukan hanya memperdengarkan bacaan tetapi sentiasa mengamalkan apa juga perintah dan ajaran dalam Al-Quran.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En Jable Jaratul, Ketua Daerah Tungku Tuan Haji Kamarudin Haji Hamid dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku En, Sabtu Susulan.
Johan Qari dan Qariah akan membawa pulang wang tunai RM300 beserta piala iringan dan sijil penyertaan tempat kedua RM250 piala iringan dan sijil penyertaan dan ketiga RM200 berserta piala iringan dan sijil penyertaan.
Jumaat, 19 Januari 2018
TABUNG MASJID (JUMAAT 19/01/2018)
MAKLUMAN
TABUNG JUMAAT
TARIKH : 19.01.2018
JUMLAH : RM 414.00
DIKIRA OLEH : JILHAN & ANNI NERY
BENDAHARI MASJID MUTIARA KASIH
TABUNG JUMAAT
TARIKH : 19.01.2018
JUMLAH : RM 414.00
DIKIRA OLEH : JILHAN & ANNI NERY
BENDAHARI MASJID MUTIARA KASIH
Khamis, 18 Januari 2018
KESILAPAN SOLAT JUMAAT RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, manusia tak pernah lari dari kesilapan cuma malang selalu berlaku kesilapan kerana kurang ilmu terutama ketika Solat Jumaat. Nampak remeh tetapi boleh mengurangkan pahala malah silap-silap boleh abis lansung pahala solat Jumaat. Aku sendiri pun tak terlepas daripada kesilapan ketika solat jumaat jadi mari kita azam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesilapan untuk mendapat redha ALLAH.
Kekadang bukan sahaja anak-anak yang bising ketika solat Jumaat tetapi bapak budak tak kurang lebihnya berbual macam tak ada apa-apa sedang berlaku walaupun khatib sedang berkhutbah. Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yang telah disemak betul oleh Ustaz Noehas semuga menjadi mengajaran untuk kita semua insan lemah.
1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup. (Hasan, Ahmad:21756)
2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran, atau baginda berkata di dalam solat. (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)
3. Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan] (Shahih, Muslim:439)
4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia. (Shahih, Muslim:857)
5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut. (Shahih, Muslim:875)
6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah al-Jumuah:9)
7. Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: Jika engkau berkata kepada teman engkau Diam pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia. (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)
8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Masud r.a: Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau. (Hasan, at-Tirmizi:509)
Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia.
MESYUARAT MASJID MUTIARA KASIH BIL01/2018
Isnin, 15 Januari 2018
MESYUARAT AGUNG MASJID MUTIARA KASIH
Pengerusi Masjid Mutiara Kasih Tuan Haji Ismail Tidal memberikan ucapan semasa mesyuarat diadakan |
Kehadiran Penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih bagi pemilihan AJK Masjid yang baru |
Ustaz Muhammad Fazil Hj Tikson Pegawai Penyelaras Masjid Daerah memberikan ucapan alu-aluan dan menyampaikan kaedah menjalankan mesyuarat agung |
Ahad, 14 Januari 2018
Masjid Mutiara Kasih (Pangsapuri Mutiara Kasih)
Assalamualaikum
Selamat datang ke Blog Masjid Mutiara Kasih (Pangsapuri Mutiara Kasih). Blog ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai mengetahui aktiviti-aktiviti dan program-program yang dijalankan di masjid Mutiara Kasih.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat dan kemudahan kepada penduduk Pangsapuri dan orang ramai boleh mengetahui lokasi masjid ini
Sekian dan terima kasih
Blogger
Hj Kamarudin Hj Hamid
Langgan:
Catatan (Atom)
PETUGAS JUMAAT 06 JULAI 2018
Imam dan Khatib : Jilhan bin Jillan Bilal : Shariz bin Amin Selamat bertugas
-
Berikut adalah antara tanggungjawab dan senarai tugas Imam sesuatu masjid: Menjadi pegawai syarie dalam kariah masjid itu dan mengimamk...
-
Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan cetakan seperti buletin, risalah, surat siaran, petikan khutbah dan lain-lain. Menerbit dan men...
-
Mengadakan kursus pertolongan cemas. Mengadakan kursus pengurusan jenazah, kelas memasak, kelas jahitan, kelas kemahiran kraftangan dan...